JOHOR BAHRU: Seorang lelaki dipercayai memandu dalam keadaan mabuk, ditahan selepas melanggar dua kenderaan di Jalan Budiman 2, Taman Sungai Mas dekat Kulai, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Kulai Supt Tok Beng Yeow berkata dalam kejadian kira-kira 8.15 malam, individu berusia 51 tahun dan memandu Proton Saga itu ditahan di lokasi kejadian.
Beliau berkata lelaki itu melanggar bahagian belakang dua kereta jenis Proton Persona, namun kemalangan itu tidak melibatkan sebarang kecederaan.
"Pada awalnya, anggota polis peronda MPV menerima maklumat mengenai individu itu yang ditangkap oleh orang awam berikutan kemalangan terbabit.
"Sebaik tiba di lokasi kejadian, didapati individu itu disyaki dalam keadaan mabuk dan hasil siasatan mendapati dia telah melanggar bahagian belakang sebelah kanan dua buah kereta yang ketika itu berhenti di persimpangan jalan," katanya menerusi kenyataan, hari ini.
Beliau berkata suspek positif ganja dan mempunyai rekod jenayah.
Kes disiasat mengikut Seksyen 45 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 26 2022
Kes disiasat mengikut Seksyen 45 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952. - Gambar hiasan
Mayat pengurus ladang ditemui selepas dua hari hanyut
Seorang pengurus ladang ditemukan lemas selepas dua hari dihanyutkan arus deras ketika menjalankan kerja pemasangan kabel Sungai Ulu Segama, di Kinabatangan.
AWANI Ringkas: Anak MB Perlis didakwa kemuka tuntutan palsu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kes tembak KLIA: Sebutan semula kes Hafizul miliki senjata api 30 Jun ini
Hari ini ditetapkan untuk serahan dokumen kepada pihak pembelaan dan beliau memohon tarikh lain untuk sebutan kes berkenaan.
Olahraga Para Dunia: Muhammad Nazmi raih emas sulung di Jepun
Atlet olahraga negara Muhammad Nazmi Nasri meraih pingat emas acara lompat jauh T37 lelaki pada Kejohanan Olahraga Para Dunia 2024 di Kobe, Jepun hari ini.
Kerajaan belum tetap tarikh pelaksanaan penyasaran subsidi diesel - Armizan
Kerajaan belum menetapkan tarikh sebenar pelaksanaan penyasaran subsidi diesel meskipun secara prinsipnya ia akan dilaksanakan pada tahun ini.
Rekod dunia selesaikan kiub Rubik terpantas kini 0.305 saat
Hari ini Rekod Buku Guinness mengumumkan rekod dunia menyelesaikan kiub teka teki Rubik kini dipegang oleh Mitsubishi Electronics. Robot yang dihasilkan Mitsubishi menyelesaikan kiub dalam masa hanya
Penganjuran Aloha Party: Pemilik resort dikompaun RM25,000
Pemilik Summer Bay Resort di Pulau Lang Tengah yang menganjurkan parti liar 'Aloha Party' Isnin lepas dikenakan kompaun RM25,000.
Hubungan dingin AS-China: Malaysia ambil pendekatan neutral - PM Anwar
Malaysia mengambil pendirian untuk tidak akan menyebelahi mana-mana pihak susulan ketegangan yang berlaku dalam hubungan antara Amerika Syarikat (AS) dan China.
Pelajar IPTS maut jatuh dari tingkat 21 hotel
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahamd berkata, pelajar berusia 24 tahun itu maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di seluruh badan.
MOF mahu langkah berkaitan Pasaran LEAP baharu tersedia awal tahun depan
Kementerian Kewangan mengarahkan SC untuk menentuukur semula Pasaran LEAP bagi menangani isu akses pembiayaan terhadap PMKS dan syarikat peringkat pertengahan.
Pemandu mengaku tidak bersalah mabuk, langgar atlet kayak kebangsaan
Seorang pembantu penyelia kilang dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini pada Khamis atas pertuduhan memandu di bawah pengaruh alkohol hingga menyebabkan kecederaan ke atas atlet kayak negara, Sabtu
'Masyitah mungkin terlepas kejohanan dunia di Filipina, tumpu proses pemulihan'
Atlet kayak negara Siri Nurul Masyitah Md Elias, mungkin terlepas menyertai Kejohanan Dunia Perahu Naga ICF 2024 di Filipina pada 30 Okt hingga 3 Nov depan selepas cedera parah dalam kemalangan.
KBS bantu atlet kayak dilanggar pemandu mabuk - Adam Adli
KBS akan memberi bantuan kepada atlet kayak, Siti Nurul Masyitah Elias yang parah akibat dilanggar oleh seorang pemandu mabuk di Johor Bahru pada Sabtu.
Polis tahan pemandu mabuk langgar atlet kayak hingga parah
Polis sudah menahan pemandu lelaki mabuk yang menyebabkan atlet kayak Malaysia, Siti Nurul Masyitah Elias, 22, cedera parah dalam kemalangan di Johor.
Polis sahkan Siti Nurul Masyitah terbabit kemalangan
Siti Nurul Masyitah yang merupakan pelajar Jabatan Kejuruteraan Mekanikal PIS mengalami kecederaan yang serius.
Atlet kayak Malaysia cedera dipercayai mangsa pemandu mabuk
Mangsa dilaporkan ditimpa kemalangan di Lebuhraya Penyuraian Trafik Timur (EDL) menuju ke Southkey.
21 motosikal disita dalam Ops Samseng Jalanan di Pulau Pinang
Polis menyita 21 motosikal dalam Ops Samseng Jalanan di sekitar Bayan Lepas dan Bayan Baru bermula 11.30 malam hingga 4 pagi tadi.
Lima 'orang tengah' ditahan minta rasuah selesai kes pemandu mabuk
Semua suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret di sini pada jam 8.30 pagi Selasa bagi mendapatkan permohonan reman.
3 maut, 3 cedera dilanggar pemandu dipercayai mabuk ketika berteduh bawah jambatan
Tiga penunggang motosikal maut manakala tiga lagi cedera selepas dirempuh sebuah kereta ketika berteduh di bawah jambatan di Kilometer 19.6 Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE).
Lelaki mabuk, positif ganja langgar dua kenderaan ditahan
Seorang lelaki dipercayai memandu dalam keadaan mabuk, ditahan selepas melanggar dua kenderaan di Jalan Budiman 2, Taman Sungai Mas dekat Kulai, malam tadi.